web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Gesa Telegram Jumpa MCMC Untuk Elak Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 5:52PM

Kementerian memberi peluang kepada Telegram untuk berbuat demikian kerana platform media sosial itu menghubungi pihaknya baru-baru ini, walaupun MCMC telah memberikan syor yang sangat tegas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata kementerian memberi peluang kepada Telegram untuk berbuat demikian kerana platform media sosial itu menghubungi pihaknya baru-baru ini, walaupun MCMC telah memberikan syor yang sangat tegas.

"Saya telah menerima beberapa syor yang sangat tegas daripada MCMC tapi kita memberi ruang kepada Telegram untuk menghubungi MCMC kerana Telegram telah menghubungi pejabat saya (baru-baru ini).

"Maka sekiranya ada kesediaan Telegram untuk duduk semeja dengan MCMC dan Bukit Aman, saya percaya isu sebaran bahan lucah, jualan dadah, scam dan maklumat palsu (di platform berkenaan) dapat diberi perhatian oleh Telegram," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code sempena International Girls in ICT (GICT 2023) di sini hari ini.

Pada 3 Jun, Fahmi berkata kerajaan akan memastikan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Telegram tidak akan terlalu menjejaskan pengguna platform tersebut.

Beliau berkata pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk menghantaran video dan imej. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar