Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 7:13AM

Fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering diramalkan melanda negara selama lima bulan, bermula April lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang melanda Malaysia sejak beberapa minggu lalu, bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat berhubung aspek keselamatan dan kesihatan mereka, malah menyebabkan tahap penggunaan alat penyejuk suasana, seperti kipas angin dan pendingin hawa semakin meningkat.

Penggunaan barangan elektrik itu sudah pasti akan menyebabkan bil elektrik bulanan pengguna meningkat berganda daripada kebiasaan.

Situasi itu dapat dilihat menerusi aduan dan perkongsian warga maya, sehingga menjadi topik hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Akibat kerap memasang kipas angin dan pendingin hawa ketika berada di rumah, rata-rata memaklumkan bahawa bacaan kadar elektrik semasa tertera di bil mereka pada Mei, cukup tinggi berbanding sebelumnya.

Mereka turut meluahkan rasa terkejut dan ‘pening kepala’ dengan jumlah perlu dibayar, namun ia hakikat perlu diterima.

Fenomena El Nino sedang dialami Malaysia telah menyebabkan cuaca kering dan panas melampau. - Gambar oleh Sairien Nafis
Fenomena El Nino sedang dialami Malaysia telah menyebabkan cuaca kering dan panas melampau. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Bil elektrik bulan ini (penggunaan Mei) RM200 lebih, selalu paling tinggi RM130 saja walaupun hidupkan pendingin hawa siang hingga malam,” kata Lia.

“Bil elektrik menggila. Nampak gayanya akan jadi RM500 Jun ini. Rumah 1,400 kaki persegi, pendingin hawa bilik bayi hidupkan masa dia tidur. Macam luar biasa bil. Korang punya bil naik tak? soal Helmi dengan turut berkongsi bil Mei diterimanya, iaitu RM423.05.

“Semua bilik wajib hidupkan pendingin hawa masa tidur, terpaksa kerana panas. Dengan penggunaan mesin basuh dan seterika setiap hari, ditambah penggunaan kipas serta lampu setiap masa di rumah, memang bil meningkat berganda. Saya pun tak tahu bagaimana nak jimat lagi,” kata seorang pengguna.

“Meningkat daripada lebih RM1,800 kepada lebih RM2,100,” tulis Tan tanpa memaklumkan bayaran itu untuk kediaman atau jenis premis lain.

“Beza satu kali ganda, April RM133, Mei RM272. Tapi bila tengok rekod bil bulan lepas, biasa putaran bil awal bulan. Cuma Mei ini dua kali pula awal bulan dan hujung bulan. Apasal entah…,” ujar pengguna lain.

“Cuaca El-Nino punya pasal. Memang terpaksa pasang pendingin hawa waktu siang,” komen Zafran.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Bagaimanapun, ada pengguna berkongsi bahawa bil elektriknya masih pada kadar boleh diterima.

“So far (setakat ini) masih ok, below (bawah) RM100. Rumah dua tingkat, pendingin hawa dekat master bed room (bilik tidur utama) hidupkan masa tidur dan bila-bila masa bila ada di rumah. Tetapi semua barangan elektrik utama, peti sejuk, mesin basuh dan pendingin hawa inverter 5 star. Not sure (tidak pasti) sebab itu ke bil masih acceptable (boleh diterima),” kata Salleh.

Menerusi komen diberikan berhubung isu kenaikan mendadak dialami kebanyakan pengguna itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menulis komen memohon maaf atas situasi sukar dialami dan meminta perkara terbabit dirujuk ke agensi berkenaan untuk semakan.

“Hi, mohon maaf di atas sebarang kesulitan. Mohon DM (mesej langsung) pihak kami nama, nombor telefon dan 12 digit nombor akaun TNB. Pihak kami akan bantu anda membuat semakan ya. Terima kasih.

Terdahulu, media melaporkan, cuaca itu diakibatkan fenomena El Nino sedang dialami Malaysia yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau.

Fenomena itu juga menyebabkan hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering, dengan keadaan terbabit dijangka berlarutan hingga September depan.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi kenyataan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan negara berdepan El Nino selama lima bulan, bermula April.

“Berdasarkan analisis dan pemodelan cuaca METMalaysia, fenomena El Nino yang melanda Malaysia dari April hingga September depan, akan memberi impak negatif kepada Malaysia dengan menyebabkan berkurangnya kuantiti hujan.

“Ketersediaan air adalah isu kritikal, terutama ketika cuaca kering. Kebanyakan kali cuaca kering akan menyebabkan paras air sungai menurun dan empangan menjadi kering. Oleh itu, kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, lapan negeri dijangka mudah terkesan dengan fenomena El-Nino yang turut berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak.

Menerusi kenyataannya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Katanya, daripada pengalaman kejadian El-Nino pada tahun 2015-2016, kesan fenomena itu sekali gus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laporannya pula memaklumkan, kebarangkalian berlakunya El-Nino adalah sekitar 57 peratus pada Jun hingga September ini dan meningkat kepada 62 peratus pada September sehingga November depan. – Getaran, 6 Jun 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 1 hari yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah