web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KJ Pertimbang Tubuh Parti Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 9:05PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti politiknya sendiri.

Bercakap menerusi episod terbaharu program bual bicara, Keluar Sekejap dihoskannya bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini, Khairy berkata, ia adalah antara pilihan dipertimbangkannya sejak kebelakangan ini.

Namun, mantan Menteri Kesihatan itu berasa kurang pasti kerana percaya pasaran untuk parti politik ‘sudah tepu’.

“Tetapi saya fikir jika kita boleh mempunyai peluang kedua, mengapa tidak dengan menetapkan terma kita sendiri?

“Tidak semua orang berpeluang sekali lagi tanpa perlu melompat parti.

“Mungkin saya mahu melakukannya dengan syarat saya sendiri,” katanya pada program itu.

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau perlu realistik mengenai prospek menubuhkan partinya sendiri kerana tidak semestinya boleh memenangi pilihan raya dalam jangka masa pendek.

Pada masa sama, beliau memberi contoh situasi dialami parti diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pemimpin itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) apabila gagal meraih sebarang kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu dan kesemua calonnya hilang deposit.

Dr Mahathir baru-baru ini bertindak keluar daripada PEJUANG.

“Jika kita memulakan parti sendiri, kita perlu bersedia untuk tidak menang  dalam beberapa pilihan raya dan mungkin satu hari nanti (akan menang), siapa tahu,” kata Khairy.

Beliau dan Shahril yang masing-masing dipecat dan digantung daripada UMNO pada Januari lalu dalam pembersihan parti dilakukan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sedang membincangkan mengenai bila mereka akan kembali aktif dalam politik menerusi temu bual itu.

Khairy menerima tawaran daripada Perikatan Nasional (PN) menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), menjelang pilihan raya di enam negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mantan Ahli Parlimen Rembau itu menambah, berbeza dengan penubuhan parti baharu, menyertai parti sedia ada memerlukannya menyesuaikan diri dan tidak dapat berpolitik mengikut ‘syaratnya sendiri’. – The Vibes, 5 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad