web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Maju Dan Membangun Di Bawah Naungan Agong - Komuniti Diplomat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:04PM

Manuel Balaguer Salas berucap pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang luar biasa, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Dekan Kor Diplomatik di Malaysia, Manuel Balaguer Salas, yang juga Duta Argentina ke Malaysia berkata pemerintahan Al-Sultan Abdullah sentiasa dilandasi kebijaksanaan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Selain itu, beliau berkata kepimpinan Seri Paduka juga telah memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara di seluruh dunia, sekali gus dapat memupuk kerjasama, persefahaman dan saling menghormati.

“Kami berterima kasih atas usaha Baginda yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan menjangkaui sempadan,” katanya dalam ucapan mewakili Kor Diplomatik di Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara, di sini hari ini.

 Salas berkata semasa pemerintahan Al-Sultan Abdullah sejak Januari 2019, Malaysia telah diuji dengan pelbagai fasa politik yang mencabar.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Seri Paduka telah menunjukkan keyakinan dan ketetapan yang tinggi untuk kekal mendukung prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat cabaran lain pada masa depan seperti kelembapan ekonomi dunia, perubahan iklim, migrasi, keselamatan siber, kemiskinan, kecerdasan buatan dan keselamatan antarabangsa.

“Dalam hal ini, komuniti diplomatik di Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Tuanku, kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Salas menyampaikan ucapan daripada Kor Diplomatik di Malaysia, semoga Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan dikabulkan segala aspirasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tamat Pemerintahan 30 Januari, Al-Sultan Abdullah Zahir Penghargaan Kepada Raja-Raja Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Terima Menghadap PM Thailand Di Istana Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Pilih Lokasi Beriadah - Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan