web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan Penuh Siasatan Tragedi Batang Kali Siap Hujung Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:05PM

Tragei tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lalu telah meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan penuh siasatan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, draf laporan itu kini berada di peringkat akhir penyediaan.

Katanya, sebaik laporan berkenaan siap dan diperoleh, ia akan dibentangkan kepada Kabinet, agar membolehkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab.

 Alexander Nanta Linggi - Gambar fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

“Kementerian Kerja Raya (KKR) ingin memaklumkan bahawa susulan kejadian tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember 2022, kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan berkaitan, dalam peringkat penyediaan deraf laporan di peringkat akhir.

“Laporan hasil penemuan akan diperolehi pada akhir Jun ini dan bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum dimuktamadkan untuk semua pihak yang terbabit mengambil tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Alexander berkata, antara elemen diambil kira dalam menyiapkan laporan terbabit, adalah kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal, di samping penganalisaan data. 

“Data dari pelbagai ujian itu amat penting dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar, termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi.

“Saya memahami banyak pihak, termasuk keluarga mangsa ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan, justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha terbaik untuk melengkapkan proses ini,” katanya. 

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan itu menyaksikan 31 mangsa terkorban yang menjadi insiden kedua paling ramai terkorban selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi tapak perkhemahan berkenaan yang dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 di sektor C.

Pada Januari lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan awal tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, sudah dibentangkan ke Kabinet.

Tanpa mendedahkan inti pati laporan itu, beliau dipetik berkata, laporan awal bencana tanah runtuh yang disediakan kementeriannya menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dibaca Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Getaran, 5 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad