web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Maut, 3 Lagi Cedera Dirempuh Kereta Di Bawah Jejambat NKVE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 4:46PM

Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera  selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian pada jam 5.59 pagi itu, tiga penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang lain mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

“Semua mangsa berkenaan merupakan lelaki tempatan dan berusia antara 19 hingga 37 tahun. Seorang mengalami cedera parah dan dirawat di zon merah dan dua lagi dirawat di zon kuning Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City Hatchback yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah ibu kota ke Cyberjaya telah hilang kawalan dan merempuh mangsa yang sedang berteduh.

“Ujian terhadap pemandu kereta berkenaan turut mendapati beliau memandu dengan paras alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta berkenaan kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKR Siasat Kemalangan NKVE Akibat Pemandu Didakwa Keliru Garis Kuning, Putih Bertindih

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Lelaki Maut Motosikal Dibonceng Terbabit Nahas

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Saksi Kemalangan Maut Di NKVE Diminta Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan