web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran Ketam Di Malaysia 16,000 Tan Metrik Tahun 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:36AM

Pendaratan ketam ialah dari jenis ketam nipah, ketam laut, ketam renjung dan ketam batu, dengan menggunakan peralatan seperti pukat hanyut, pukat tunda, pukat rentang dan bubu atau bintoh ketam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.

Beliau berkata bagi tangkapan, pendaratan ketam ialah dari jenis ketam nipah, ketam laut, ketam renjung dan ketam batu, dengan menggunakan peralatan seperti pukat hanyut, pukat tunda, pukat rentang dan bubu atau bintoh ketam.

“Pengeluaran ketam daripada akuakultur sebanyak 334.14 tan metrik melibatkan ketam nipah sahaja dalam bentuk kulit lembut dan kulit keras. Ketam nipah yang diternak itu daripada spesies 'scylla olivacea', 'scylla paramamosain', 'scylla tranquebarica' dan 'scylla serrata',” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali telah mengadakan lawatan ke Projek Ternakan Ketam Nipah di Bagan Datuk dan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar di Bota.

Adnan berkata Johor menjadi pengeluar utama ketam nipah (akuakultur) yang tertinggi pada tahun lalu dengan 187.46 tan metrik, diikuti Sabah (122.60 tan metrik); Perak (13.60 tan metrik); Sarawak (4.76 tan metrik); Kedah (3.89 tan metrik); Selangor (0.64 tan metrik) dan Terengganu (1.19 tan metrik).

Dalam pada itu, Adnan berkata spesies utama pengeluaran akuakultur air tawar ialah tilapia merah, keli dan patin dengan ikan tilapia merah menyumbang sebanyak 25,064.65 tan metrik dan 5,683.37 tan metrik daripadanya merupakan hasil pengeluaran negeri Perak.

“Seramai 1,045 orang penternak akuakultur air tawar di Perak dan kira-kira 366 orang daripada mereka mengusahakan ternakan tilapia merah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bot Jabatan Perikanan, 4 Kru Dipercayai Hilang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sektor Pertanian Terengganu Rugi Hampir RM50 Juta Akibat Banjir

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Usah Biarkan Orang Tengah Dominasi Sektor Perikanan Negara - Anwar

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Penternak Akuakultur Kerugian RM28 Juta Akibat Banjir - DOF

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran