web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penternak Akuakultur Kerugian RM28 Juta Akibat Banjir - DOF

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 8:03AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000, menurut laporan awal Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

DOF dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai jumlah bantuan yang diperlukan melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) dan ia akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Bantuan yang disalurkan adalah tertakluk kepada kadar dan had yang ditetapkan iaitu bantuan sehingga 50 peratus daripada kos operasi (benih, peralatan dan makanan ternakan) mengikut sistem ternakan pengusaha.

“Had bantuan yang akan diberi juga tidak melebihi 50 peratus nilai kerugian yang dilaporkan dan disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah/Negeri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bantuan yang akan diberi sama ada berbentuk input pertanian atau peralatan/mesin, peralatan perniagaan atau lain-lain untuk membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang.

Menurut DOF, bagi sektor perikanan, takrifan kumpulan sasar adalah penternak akuakultur berskala kecil yang menjalankan aktiviti penternakan air tawar dan air payau serta hatcheri (panti benih) di kawasan sehingga dua hektar atau menggunakan sangkar/kandang yang tidak melebihi 15 unit.

DOF memaklumkan pengusaha terjejas boleh menghantar permohonan ke Pejabat Perikanan Daerah/Negeri dengan disertai dokumen lengkap yang berkaitan.

Dokumen yang diperlukan termasuk borang permohonan bantuan (perlu disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri), senarai nama, salinan kad pengenalan dan laporan polis (satu laporan satu kawasan/satu kerosakan/kerugian).

Dokumen lain ialah laporan siasatan oleh jawatankuasa teknikal, gambar/video berkaitan bencana, anggaran kerugian dan perakuan permohonan di peringkat negeri atau setara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad