web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Pertanian Terengganu Rugi Hampir RM50 Juta Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 7:06PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Disember lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kerugian itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun selepas kali terakhir pada Februari 2022, iaitu sekitar RM2 juta.

Beliau berkata bagaimanapun angka tersebut dijangka boleh bertambah memandangkan pihak Jawatankuasa Tabung Bencana Pertanian Terengganu masih dalam tempoh mengumpul serta mengemas kini data untuk dilengkapkan hingga 15 Januari ini.

“Data yang kita terima setakat hari ini menunjukkan jumlah kerugian paling besar dicatat oleh subsektor pertanian iaitu RM39.2 juta yang melibatkan 2,555 petani.

“Bagi subsektor penternakan pula, kerugian dicatatkan adalah RM3.4 juta melibatkan seramai 781 penternak manakala bagi subsektor perikanan, sebanyak RM6.1 juta kerugian direkodkan membabitkan 360 penternak akuakultur dan nelayan,” katanya selepas menyampaikan amanat sektor pertanian negeri di sini hari ini.

Menurut Dr Azman, Jawatankuasa Bencana Pertanian Terengganu akan bermesyuarat pada awal Februari depan bagi meneliti bantuan yang akan disalurkan kepada semua warga tani termasuk penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bajet tambahan bagi Tabung Bencana Pertanian Terengganu memandangkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi 2022 dilihat tidak memadai serta mencukupi untuk menampung jumlah warga tani yang terkesan.

“Banjir luar jangka kali ini menyebabkan kerugian besar kerana ia meliputi semua sektor seperti penternakan, perikanan dan pertanian di lapan daerah di negeri ini.

“Kerajaan negeri sudah beri persetujuan untuk tambahan dana dalam Tabung Bencana Pertanian Terengganu, cuma belum dinyatakan jumlah tetapi kita akan mohon bajet ikut keperluan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Pemotongan Bajet Anwar: Langkah Strategik Memacu Reformasi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad