web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaji Selidik Dedah 11 Faktor Pencarum Terdesak Keluarkan KWSP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 9:06PM

Kaji selidik yang dijalankan PGIRM di seluruh Malaysia itu menyenaraikan beberapa faktor kenapa ada pencarum KWSP benar-bernar mengharapkan pengeluaran kecemasan dari Akaun 1 dana persaraan itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Diberhentikan kerja pada usia pertengahan tanpa diduga dan tiada persediaan, selain pendapatan tidak seimbang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, menjadi antara faktor utama mengapa ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) benar-benar mengharapkan pengeluaran kecemasan dari Akaun 1 dana persaraan itu.

Faktor terbabit diperoleh menerusi kaji selidik dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) di seluruh Malaysia bermula 15 Mei hingga 29 Mei lalu, bertujuan mengenalpasti dan membuat semakan silang mengenai pencarum yang benar-benar terdesak serta tercicir, seterusnya perlu diberi perhatian oleh kerajaan dengan sewajarnya.

Pengerusi PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, kaji selidik itu juga menyenaraikan sembilan faktor lain yang mendorong golongan pencarum terbabit mengharapkan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar berkenaan diluluskan, tanpa syarat dan cagaran.

“Faktor lain adalah tiada lagi kerja lebih masa dan hanya memperolehi gaji pokok semata, selain bebanan tunggakan hutang meningkat dan menghimpit kerana tidak dapat melunaskan pada masa ditetapkan.

“Bebanan tunggakan bulanan sewa rumah yang tidak mampu dilunaskan mengikut masa ditetapkan, sehingga ada di antara mereka disaran keluar dari kediaman; ketirisan wang simpanan kerana digunakan untuk menyelesaikan komitmen ditanggung disebabkan pendapatan berkurangan serta pencarum menghabiskan masa 18 jam melakukan pelbagai kerja bagi menampung bebanan dihadapi, tetapi masih tidak mampu menyelesaikan komitmen sedia ada turut menjadi faktor,” katanya.

Beliau berkata, kaji selidik itu turut mengenal pasti faktor tidak mampu meneruskan pembelajaran anak-anak disebabkan kekangan kewangan serta kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap dan stabil, disebabkan usia dan kesihatan.

“Ada juga pencarum memerlukan sokongan modal bagi memastikan perniagaan dijalankan terus maju disebabkan harga barangan sering naik tidak menentu,” katanya.

Azmi berkata, menerusi kaji selidik pihaknya juga mendapati, bukan 8.1 juta pencarum benar-benar memerlukan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar, tetapi hanya 99,335 orang di seluruh negara.

“Mereka ini yang terdesak serta tercicir dan perlu dibenarkan pengeluaran dari Akaun 1 KWSP tanpa cagaran,” katanya.

Justeru, Azmi berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu membantu golongan itu yang di dalam kesusahan dan mereka harus keluar daripada kepompong kemiskinan sangat tenat.

“PGIRM mempunyai senarai lengkap nama pencarum menerusi kaji selidik dijalankan untuk diserahkan bagi tujuan bantuan berkenaan.

“Kami sangat berharap agar kali ini Perdana Menteri, Menteri Kewangan meluluskan tuntutan golongan terbabit, demi kelangsungan hidup rakyat!” katanya.

Dalam Belanjawan 2023, Anwar tidak mengumumkan pengeluaran dana KWSP bersasar seperti diharapkan segelintir rakyat dan diperjuangkan beberapa pihak, sebagai membantu golongan memerlukan menampung kelangsungan kehidupan akibat masalah kewangan dialami mereka.

Sebaliknya, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab pertanyaan media adakah beliau akan mempertimbangkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023 berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup, tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan itu.

Katanya, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti. – Getaran, 3 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar