web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pecah Amanah RM24.8 Juta: Reman Penolong Akauntan Disambung 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 6:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kebenaran lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

"Suspek disambung reman tujuh hari lagi bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lelaki itu sebelum ini direman bermula 27 Mei hingga semalam.

Menurut laporan media, suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan agensi berkenaan melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit membuat 194 transaksi daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik agensi kerajaan berkenaan ke akaun syarikatnya sejak 2016 hingga Mei 2023. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek