Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PM Seru Tingkat Usaha Naik Taraf, Indahkan Medan Selera, Gerai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 6:07PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kerajaan negeri supaya mempunyai dasar dan perancangan jelas dalam usaha menaik taraf dan mengindahkan gerai dan warung seluruh negara.

Katanya beliau telah berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Menteri Besar dan Ketua Menteri, agar pihak berwajib berkenaan mempunyai dasar yang sama dalam membangun kemudahan medan selera, gerai atau warung yang menyumbang kepada pendapatan rakyat terbanyak.

"Saya telah bincang dan jelaskan mengenai hasrat kerajaan kepada Menteri Besar, Ketua Menteri berkaitan usaha membangun kemudahan rakyat terbanyak ini, asasnya adalah untuk mengangkat martabat serta memberi penghormatan ihsan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Saya harap dalam beberapa bulan ini kita dapat lihat kerajaan negeri dan juga majlis perbandaran berkaitan keluar dengan rencana sendiri mengenai usaha membangun kemudahan ini di seluruh negara," katanya ketika berucap merasmikan medan selera D'Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini.

Hadir sama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Anwar ketika berucap merasmikan medan selera D'Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim
Anwar ketika berucap merasmikan medan selera D'Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata dasar dan perancangan yang jelas amat penting dalam usaha menukar wajah suram medan selera, gerai dan warung secara menyeluruh di seluruh negara, seiring usaha yang sedang digiatkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menaik taraf serta mengindahkan gerai penjaja di sekitar kawasan ibu negara.

Perdana Menteri berkata pendekatan yang memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan bagi golongan berpendapatan rendah adalah bukti perbezaan sikap Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan sebelum ini yang lebih mengutamakan pembangunan projek mega yang pastinya tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat terbanyak ini.

"Kita harus ucap terima kasih atas apa jua kebaikan yang dibuat kerajaan terdahulu, tetapi sebagaimana sering saya tegaskan, Kerajaan Perpaduan ini lebih utamakan keprihatinan kepada kelompok rakyat terbanyak.. ini beza kita dengan kerajaan sebelum ini.

"Sikap prihatin kepada kelompok terbanyak ini perlu menjadi tanggungjawab setiap daripada kita, sama ada di dalam kerajaan, penjawat awam atau ahli Parlimen, agar MADANI tidak sekadar menjadi slogan kosong semata-mata," katanya.

Sementara itu Anwar berkata beliau berpuas hati dengan program yang dilaksanakan DBKL dalam mengindahkan gerai penjaja di sekitar kawasan ibu negara.

Menjadikan pembangunan semula medan selera D'Anjung Selera MADANI sebagai contoh, Perdana Menteri berkata langkah menaik taraf pusat yang mempunyai 24 unit gerai dilengkapi kemudahan asas yang selesa, kondusif dan bersih itu adalah bertepatan dengan matlamat yang digariskan beliau dalam menukar wajah Kuala Lumpur sejak mengetuai kerajaan pada November tahun lepas.

"Masa kita ambil alih kerajaan dulu, saya beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur bahawa saya mahu aspek kebersihan menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam cadangan pengindahan medan selera, gerai, pusat penjaja yang menjadi tempat mencari rezeki rakyat terbanyak.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan pembangunan Kuala Lumpur, dan saya mahu dalam tempoh kurang tiga tahun ini, puluhan projek seperti ini (D'Anjung Selera MADANI) dapat dilaksanakan bukan sahaja di ibu negara tetapi juga di seluruh negara," katanya.

Di bawah Program Lestari Niaga @Kuala Lumpur,  D'Anjung Selera MADANI telah ditambah baik dengan pembinaan semula 24 gerai berkunci dan tiga unit kiosk, dilengkapi kemudahan surau, tandas, rumah sampah yang lebih kondusif serta 48 petak parkir kenderaan. 

Sempena perasmian, Anwar turut mengumumkan kadar sewa premis perniagaan itu diturunkan kepada RM200 berbanding RM400 yang dikenakan sebelum ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Politik 15 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo