web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cerita Kisah Perkenalan 39 Tahun Dengan Anwar, Syed Mokhtar Sifatkan PM Sebagai ‘Abang’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:00AM

Syed Mokhtar Al-Bukhary berucap pada Majlis Perasmian Pameran 'Orientalism Paintings' di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 40 tahun mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary hari ini secara terbuka mendedahkan keakrabannya’ dengan Perdana Menteri, selain berkongsi jasa pemimpin itu.

Mendedahkan perkara terbabit ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini, semalam, beliau turut menyifatkan Anwar sebagai abang.

Berkongsi kisah tidak diketahui ramai itu, Syed Mokhtar berkata, beliau serta Anwar pertama kali bertemu pada 1984 ketika pemimpin politik berkenaan memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian.

“Saya minta maaf jika anda bosan tetapi saya rasa penting untuk berkongsi mengenai ‘untold story’ (kisah tersimpan) ini. Hari ini, saya ingin menceritakan pengalaman belum pernah dimaklumkan mengenai ‘abang’, di mana kali pertama saya berjumpa dengan beliau yang membawa harapan serta impian tinggi.

“Beliau yang saya anggap sebagai pembaca, pemikir dan berfalsafah. Beliau tidak lain tidak bukan ialah tetamu yang hadir, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sudah menjadi ‘abang’ kepada ahli perniagaan lain juga.

“Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) membuka peluang kepada Bumiputera untuk mendapatkan sokongan melalui Dasar Ekonomi Baharu (DEB), ketika itu,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata, Anwar juga sentiasa berusaha menyelesaikan masalah dan percaya kepada bakat dimiliki Bumiputera.

“Walaupun saya dan Anwar mungkin mempunyai perbezaan, masih wujud persamaan, iaitu meminati perniagaan.

“Melalui perniagaan, kita mampu untuk melakukan amal dan membantu orang lain,” katanya.

Syed Mokhtar jarang berbicara secara terbuka mengenai hubungan baiknya dengan ahli politik, walaupun beliau kerap dikaitkan dengan pemimpin tertentu, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Anwar hadir bagi merasmikan Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ berkenaan.

Pameran itu melakar sejarah tersendiri di Asia apabila menampilkan pameran seni definitif dari era Orientalism dan dianjurkan sehingga 15 Oktober ini. – Getaran, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad