web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Melaka Tahan 12 Individu Terlibat Penipuan Dalam Talian, Rasuah Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 10:21PM

Sebelum tangkapan dibuat, lelaki berkenaan telah menawarkan wang rasuah sebanyak RM60,000 yang diisi dalam sebuah beg yang diambil dalam keretanya, kepada anggota polis. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka menahan 12 individu terlibat aktiviti penipuan dalam talian termasuk seorang lelaki dipercayai pengurus kegiatan itu, yang cuba merasuah polis sebanyak RM60,000 bagi melepaskan ahli sindiket itu dalam dua serbuan berasingan di sekitar Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata tangkapan pertama melibatkan 11 suspek, terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berusia berusia 18 hingga 24 tahun, di sebuah rumah yang dijadikan pusat penipuan dalam talian di Taman Cheng Perdana di sini, kira-kira 10.40 pagi semalam.

“Tangkapan 11 suspek berkenaan ekoran laporan yang dibuat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, yang mendakwa dipukul dan disamun sekumpulan lelaki dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.

“Justeru, sepasukan polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana dan berjaya menahan 11 individu terlibat dalam kegiatan penipuan berkenaan, dipercayai sejak setahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata hasil siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan dipercayai terlibat dalam 12 kes penipuan dalam talian, masing-masing dua di Kedah, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak, manakala satu kes di Perlis dan Perak, melibatkan anggaran kerugian lebih RM65,000.

Beliau berkata kumpulan sindiket berkenaan, didapati menggunakan premis berkenaan yang disewa pada harga RM4,000 sebulan, bagi menjalankan aktiviti penipuan itu sejak sebulan yang lepas.

Zainol berkata empat daripada lelaki berkenaan masing-masing mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan penipuan di negeri lain, dan rampasan barang kes bernilai RM17,000 turut dilakukan.

Beliau berkata susulan penangkapan itu, seorang lelaki dikenali sebagai 'Ah Boy' berusia 25 tahun yang dipercayai pengurus pusat penipuan dalam talian itu berjaya ditahan di luar sebuah kedai makan di Simpang Ampat, Alor Gajah di sini kira-kira 1.15 petang semalam.

Zainol berkata sebelum tangkapan dibuat, lelaki berkenaan telah menawarkan wang rasuah sebanyak RM60,000 yang diisi dalam sebuah beg yang diambil dalam keretanya, kepada anggota polis.

“Wang rasuah itu sebagai balasan untuk melepaskan dirinya dan rakan-rakan sindiket penipuan tersebut namun suspek telah ditahan dan wang berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut atas kesalahan cuba merasuah anggota polis.

"Suspek dan wang berkenaan juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan