web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatan Agong Bukan Sekadar Hiasan, Tuntut Tanggungjawab Besar Penuhi Amanah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 9:00PM

Raja berperlembagaan ialah kelangsungan pemerintahan beraja yang peranannya ditakrifkan semula seiring dengan keperluan semasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Raja berperlembagaan ialah kelangsungan pemerintahan beraja yang peranannya ditakrifkan semula seiring dengan keperluan semasa.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) hari ini, ekoran kepentingan pemerintahannya, tradisi beraja di peringkat negeri bukan sahaja dikekalkan, malah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia dapat dilihat melalui lapisan pemerintahan beraja dengan pelantikan seorang raja di peringkat Persekutuan yang berperanan sebagai kepala utama negara bergelar Yang di-Pertuan Agong.

“Di negara kita, sistem pemerintahan beraja sudah lama berakar, bermula daripada kesultanan Melayu Melaka yang mewariskan adab bernegeri dan budaya berkerajaan, berprinsipkan negeri beraja, rakyat bersultan.

“Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu dimasyhurkan sebagai sebuah negara baharu yang merdeka, disusuli penubuhan Malaysia pada 1963.

“Ketika merangka formula untuk membentuk kerajaan merdeka, institusi raja dan institusi rakyat digabungkan berlandaskan prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen,” katanya.

Khutbah bertajuk Institusi Beraja Tonggak Kestabila Negara bersempena sambutan rasmi hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 Jun ini, turut menegaskan, matlamat dan wawasan umum negara baharu merdeka ketika itu, adalah untuk mencapai tahap perpaduan dilambangkan melalui seorang raja agung yang berjaya menguasai kesetiaan setiap warga, dengan memastikan terbangunnya sebuah negara merdeka berdaulat,

Ujarnya, ia juga bagi memastikan terbinanya negara makmur, stabil dan rakyatnya hidup dalam suasana aman, rukun serta damai, dinikmati melalui pemerintahan adil lagi saksama berpaksikan undang-undang.

Selain itu, khutbah berkenaan menegaskan, sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong mengandungi kata-kata ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’.

“Maka dengan lafaz ini, berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya, pemerintahan bagi Malaysia mengikut sebagaimana undang-undang serta Perlembagaan sudah disah dan dimasyhurkan, malah yang akan disah dan dimasyhurkan pada masa hadapan ini.

“Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan adil serta aman di dalam negeri,” katanya.

Menurutnya, lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong didahului dengan tiga kalimah itu juga, diiktiraf dalam Islam dari sudut kebertanggungjawaban.

“Sumpah jawatan dilafazkan berkembar dengan tanggungjawab sangat besar di sisi Allah SWT, sumpah dilafazkan meletakkan amanah besar kepada penyandang gelaran yang akan diadili pada hari kebangkitan di Padang Mahsyar nanti, sama ada amanah disempurnakan seperti dilafazkan.

“Nyatalah jawatan ketua utama negara bukan hanya berbentuk hiasan, di sebaliknya menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab besar memenuhi amanah,” katanya.

Pada masa sama, khutbah itu mengatakan, sumpah jawatan berkenaan juga mengandungi lima pengakuan penting untuk disempurnakan, iaitu undang-undang, Perlembagaan negeri, agama Islam, adil dan aman.

“Sumpah dilafazkan adalah pengakuan kepada Allah SWT akan ketaatsetiaan penyandang melaksanakan keadilan berlandaskan undang-undang dan perlembagaan, memelihara agama Islam serta berdiri atas pemerintahan adil dan aman,” katanya. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Institusi Raja Perisai Elak Ketidakstabilan, Rakyat Harus Pertahankan

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Kuantan Kini Bandar Raya, Agong Titah Kesejahteraan Rakyat Diutamakan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar