web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institusi Raja Perisai Elak Ketidakstabilan, Rakyat Harus Pertahankan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 9:09AM

Kestabilan dan keamanan dikecapi rakyat di negara ini adalah kerana mereka masih diperintah Institusi Raja yang adil. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kestabilan dan keamanan dikecapi rakyat di negara ini adalah kerana mereka masih diperintah Institusi Raja yang adil.

Justeru, menerusi pengisian khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) minggu ini, ia menegaskan bahawa rakyat hendaklah mengekal dan mempertahankan Institusi Diraja agar terus menerajui kepimpinan negara.

Ia bukan sahaja bagi menjamin kedaulatan terpelihara, malah mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, supaya tidak diambil alih musuhnya.

“Peranan Sultan sebagai ketua agama dan raja pemerintah di negara ini adalah memartabatkan kedaulatan Islam, kepentingan umat serta rakyat keseluruhannya.

“Institusi Diraja juga turut berperanan melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah di bumi ini untuk menyebarkan Islam, dengan mengajak manusia beriman kepada Allah dan Rasul.

“Marilah kita bersama-sama bersyukur kerana dikurniakan kehidupan bermasyarakat yang aman tanpa sengketa besar,” katanya.

Pengisian khutbah itu turut meminta rakyat mengingati bahawa kedaulatan hanya akan diperoleh sekiranya negara ditadbir berlunaskan kebenaran, saksama dan menjauhi nafsu.

Malah, khutbah itu menegaskan, peranan Institusi Diraja dalam negara dan negeri cukup besar, justeru ia harus dihargai.

Rakyat juga perlu menjaga kedaulatan Institusi Diraja, bersesuaian dengan posisi mereka dalam masyarakat.

“Hayatilah sabda Nabi Muhammad SWT seperti dalam hadis riwayat Imam Abu Daud yang bermaksud ‘antara amalan yang membesarkan Allah SWT ialah memuliakan muslim berusia; memuliakan pembaca Al-Quran yang baik tidak melampau bacaanya dan tidak meninggalkannya serta memuliakan sultan yang adil,” katanya.

Selain itu, khutbah berkenaan menegaskan, cara pemerintahan terbabit dilakukan nabi semasa mereka diutuskan menjadi Rasul untuk memimpin sesebuah negara.

“Pemerintahan seperti ini juga dilaksanakan Nabi Sulaiman. Baginda menjadi seorang pemerintah hebat yang dapat menguasai alam, selain manusia.

“Bahkan ramai pemerintah kerajaan menjadi Islam dengan sebab kedaulatan dimilikinya dan begitu juga, pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada zamannya dapat mengalahkan tentera Salib serta membebaskan Baitul Maqdis,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jawatan Agong Bukan Sekadar Hiasan, Tuntut Tanggungjawab Besar Penuhi Amanah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hina Institusi Diraja, Tuk Chik Direman 3 Hari

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Doa Allah Pelihara Perkahwinan Saya - Nabil Ahmad Bakal Habiskan 10 Malam Terakhir Di Makkah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini