web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doa Allah Pelihara Perkahwinan Saya - Nabil Ahmad Bakal Habiskan 10 Malam Terakhir Di Makkah

Walaupun kos bayaran menunaikan umrah pada tahun ini meningkat berbanding sebelumnya, namun Nabil tetap mahu tunaikan ibadah tersebut bersama-sama dengan isterinya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 1:23PM

Nabil Ahmad dan isterinya Nazirah Ayub - Gambar Instagram Nabilzira

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah menjadi kebiasaan sejak tahun 2015, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bakal terbang menunaikan umrah pada setiap 10 malam terakhir bulan Ramadan. 

Tahun ini, Nabil bersyukur kerana masih dikurniakan kesempatan untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama-sama dengan isterinya, Nazirah Ayub walaupun kos menunaikan umrah meningkat banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Boleh dikatakan kos bayaran menunaikan umrah pada tahun ini meningkat berbanding sebelumnya. Tapi memang sudah menjadi rutin, saya akan usahakan juga pergi menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan bersama-sama isteri. 

“Daripada tahun 2015 lagi ketika saya melakukan umrah pertama, ada satu perasaan gembira dan seronok yang tak dapat diungkapkan walaupun ramai orang di dalam masjid atau kita kena bangun melakukan tawaf.

Melihat ujian rumah tangga yang dihadapi rakan-rakan terdekat, tahun ini Nabil membawa doa khusus di depan Kaabah agar bahtera perkahwinannya bersama isteri akan selalu terpelihara - Gambar Instagram Nabilzira
Melihat ujian rumah tangga yang dihadapi rakan-rakan terdekat, tahun ini Nabil membawa doa khusus di depan Kaabah agar bahtera perkahwinannya bersama isteri akan selalu terpelihara - Gambar Instagram Nabilzira

“Setiap tahun saya jadi sangat rindu dengan perasaan itu yang kita tak akan dapat walaupun kita pergi ke Bali, Thailand atau Australia sekalipun. Bagi saya, umrah bukan sekadar umrah, tapi juga proses healing untuk saya setelah penat bekerja selama ini,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Family Feud Malaysia.

Melihat ujian rumah tangga yang dihadapi rakan-rakan terdekat, tahun ini Nabil membawa doa khusus di depan Kaabah agar bahtera perkahwinannya bersama isteri akan selalu terpelihara. 

“Tahun ini doa saya agar perkahwinan saya dan isteri akan dipelihara. Ujian kawan-kawan memberi kesan juga kepada rumah tangga saya terutama isteri. Kita doakan agar pasangan (yang dilanda ujian) agar Allah berikan jalan baik. Inilah yang selalu saya katakan pada isteri,” tambahnya lagi.  - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN