web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Disyaki Didera Anak, Menantu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 7:25AM

Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, tiga tulang rusuk kiri mangsa disahkan patah akibat tekanan, namun punca kematian belum dapat dipastikan dan sedang menunggu keputusan makmal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri ditahan selepas mereka disyaki mendera seorang wanita berusia 74 tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, Arau semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.30 pagi, selepas warga emas terbabit yang berasal dari Paka, Terengganu, dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kerana tidak sedarkan diri.

Ujarnya, polis menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan HTF sejam sebelum itu, memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat disyaki dipukul.

“Siasatan mendapati mangsa dihantar ke hospital pada jam 4.10 pagi selepas tidak sedarkan diri.

“Doktor yang memberi rawatan awal kepada mangsa kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata, pemeriksaan luaran tubuh mangsa kemudian mendapati kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan luka di jari kaki kiri.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat pada jam 3 petang tadi (semalam).

“Bedah siasat mendapati ada kecederaan pada tubuh mangsa, iaitu lebam di kedua-dua mata, dahi, ubun-ubun dan lidah sisi kiri akibat tekanan,” katanya.

Ahmad Mohsin berkata, tiga tulang rusuk kiri mangsa disahkan patah akibat tekanan, namun punca kematian belum dapat dipastikan dan sedang menunggu keputusan makmal.

Katanya, polis membuka kertas siasatan dan suspek wanita yang juga anak mangsa berusia 34 tahun, mengaku ada memukul ibunya dengan tangan di muka serta kepala pada pagi kelmarin.

Soal siasat awal ke atas menantu mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Parit Sulong, Johor, katanya, turut mengesyaki lelaki itu terbabit dalam kejadian sama, berdasarkan keterangan meragukan.

“Mangsa dan anak perempuannya bertengkar sebelum kejadian itu. Suspek mendakwa tertekan dengan kerenah dan ragam ibunya yang diserang strok di kiri badan.

“Wanita itu adalah suri rumah manakala suaminya ahli perniagaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya sambil memaklumkan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Getaran, 2 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar