web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendekatan Holistik Diperlukan Untuk Tangani Serangan Siber - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 7:12AM

Fahmi Fadzil berucap pada Persidangan Surf’s Up: A Digital Literacy and Online Safety - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.

Beliau berkata justeru, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Katanya secara purata, Malaysia mencatat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022.

Fahmi berkata serangan siber itu termasuk penipuan, taktik kejuruteraan sosial, pancingan data, perisian hasad/perisian tebusan, nafi khidmat dan pengintipan siber.

“Kerugian kewangan dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh Internet serta penipuan secara dalam talian, perisian tebusan dan kes peras ugut adalah besar.

“Adalah jelas bahawa tiada organisasi yang boleh mendakwa 100 peratus selamat dalam landskap ancaman yang semakin berkembang ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Surf’s Up: A Digital Literacy and Online Safety di sini semalam.

Beliau juga menggalakkan pengamal dan pengguna dalam talian untuk lebih bertanggungjawab dalam landskap siber yang semakin berkembang dengan mendidik diri sendiri serta mengguna pakai amalan digital yang selamat. 

Fahmi dan timbalannya Teo Nie Ching turut menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Keselamatan Digital oleh TikTok dengan diketuai Content Forum yang membolehkan kedua-dua platform berganding bahu Mempertingkat keselamatan dalam talian. 

Melalui ikrar itu, organisasi terbabit komited untuk mengutamakan kesejahteraan pengguna, melaksanakan dasar sederhana yang berkesan dan terus berusaha mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.

“Ini adalah kali pertama platform seperti TikTok komited ke arah mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan saya harap platform media sosial lain akan mengikutinya.

“Dengan ini kita mampu menyelesaikan masalah seperti penipuan, berita palsu dan penyebaran maklumat tidak benar supaya kita boleh menjadi #SaferTogether,” kata Fahmi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad