web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik OIC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:11PM

Malaysia turut mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke negara ini pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan pelancong Muslim sebanyak RM5.37 bilion. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura hari ini.

Pada majlis sama, Malaysia sekali lagi mendahului senarai dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ dalam laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pencapaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan dan penjenamaan Malaysia sebagai peneraju segmen Pelancongan Islam serta Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) di peringkat serantau dan antarabangsa.

Tiong King Sing - Gambar fail
Tiong King Sing - Gambar fail

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dengan populasi umat Islam dianggarkan mencecah 2 bilion di seluruh dunia.

Kadar pemulihan pelancongan Islam di peringkat global juga memberangsangkan apabila mencatatkan 110 juta ketibaan pelancong Muslim pada tahun lepas, katanya.

“Malaysia turut mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke negara ini pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan pelancong Muslim sebanyak RM5.37 bilion,” katanya.

Tiong berkata usahawan dan penggiat industri tempatan digalakkan mengembangkan tawaran khidmat mesra-Muslim sebagai satu nilai tambah dalam menyebarluaskan industri pelancongan Islam dalam negara.

Mereka digalakkan menyertai kursus dan program di bawah ITC antaranya, kursus ‘Muslim-Friendly Tourist Guide’ (MFTG) yang terbuka kepada pemandu pelancong berlesen tempatan dan program ‘Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition’ (MFAR) yang memberi peluang pengembangan perniagaan kepada rakyat menerusi pelancongan Islam yang berkembang pesat. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar