web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yayasan Perlu Tingkat Keupayaan Dana Melalui Pelaburan, Perniagaan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 6:36PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada sumbangan derma sahaja tetapi perlu meningkatkan keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan.

Berucap melancarkan Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sejumlah dana yang ada dalam yayasan wajar digunakan untuk melaksanakan pelaburan bijak.

Bagi tujuan itu juga katanya, yayasan perlu terbuka dengan mengambil penyertaan kepakaran luar yang sedia memberi sumbangan tenaga, kemahiran dan idea untuk yayasan dalam kegiatan perniagaan yang memberi pulangan baik. 

“Setiap jawatankuasa pengurusan, pelaburan dan pendidikan (yayasan) harus menimba pengalaman dan kepakaran serta kemahiran beberapa anggota profesional supaya tahap pengurusan dan keputusan pelaburan dapat dipertahankan,” katanya.

Bagi meningkatkan keyakinan penyumbang terhadap YWP, Anwar mahu yayasan itu untuk menyediakan laporan berkaitan penyaluran sumbangan serta maklumat penerima kepada penderma.

“YWP akan memulakan tradisi baharu iaitu siapa yang menderma akan dapat laporan dari pihak pengurusan tentang penyaluran wang yang diderma diguna untuk apa. Ini penting dan saya harap ini diikuti oleh yayasan dan badan amal yang lain,” katanya.

Beliau berkata kaedah itu bukan sekadar memberi keyakinan kepada penyumbang malah menggambarkan gerak kerja serius YWP dalam menguruskan penyaluran sumbangan kepada golongan memerlukan.

Beliau berharap kaedah itu dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membolehkan YWP muncul sebagai sebuah yayasan yang mempunyai kaedah pengurusan sumbangan yang telus.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Eksekutif YWP Abdul Rahman Siraj. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad