web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejatuhan Ringgit Bukan Sebab Tiada Menteri Kewangan Sepenuh Masa Tapi… - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 3:34PM

Anwar pada majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18 di Putrajaya, hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kejatuhan ringgit ketika ini bukan disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Sebaliknya, beliau berkata, situasi itu disebabkan pelbagai faktor antaranya, dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

“Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18 di Putrajaya, hari ini seperti dilaporkan BH.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan terhadap negara.

Ahli Parlimen Bachok itu dilaporkan berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60, berbanding satu dolar AS dan dijangka boleh mencecah paras RM5 jika tidak dikawal.

Ahmad Maslan - Gambar fail
Ahmad Maslan - Gambar fail

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan berharap tekanan terhadap ringgit berbanding dolar AS ketika ini, dapat dikurangkan apabila isu membabitkan siling hutang kerajaan AS dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, berita terkini melaporkan bahawa kerajaan AS cuba untuk menyelesaikan isu siling hutang negara itu secepat mungkin.

Laporan media antarabangsa mengatakan, siling hutang AS dilanjutkan ke tarikh akhir baharu pada 5 Jun ini, sebelum negara itu berdepan kemelut kehabisan wang jika had hutang tidak dinaikkan.

Dalam pada itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan kepada negara.

Katanya, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar AS.

“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya.

“Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan untuk menyemak semula unjuran,” katanya. – Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad