web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sam Rainsy Datang Ke Malaysia, Tapi Sudah Diusir Keluar - Khmer Times

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 7:08AM

Portal Khmer Times melaporkan, Sam Rainsy dan kumpulannya diarah meninggalkan Malaysia pada jam 9 pagi semalam oleh Anwar Ibrahim - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan pembangkang Kemboja, Sam Rainsy diusir keluar dari Malaysia, pagi semalam selepas memasuki negara ini dengan menggunakan pasport Perancis.

Sam Rainsy dijadualkan untuk bermesyuarat di ibu negara, dan menggunakan pasport Perancis serta pesawat peribadi bagi membolehkan dia memasuki Malaysia tanpa sebarang halangan.

Portal Khmer Times melaporkan, Rainsy dan kumpulannya diarah meninggalkan Malaysia pada jam 9 pagi semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dipetik Khmer Times sebagai berkata, Anwar telah berjanji untuk tidak membenarkan Rainsy menjejakkan kaki di Malaysia.

Bagaimanapun kata Hun Sen, Rainsy berjaya berbuat demikian selepas memperdaya pihak berkuasa Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.

“Anwar Ibrahim tidak tahu mengenai kedatangan Rainsy kerana dia menggunakan pesawat peribadi dan pasport Perancis.

“Sekarang (semalam) dia berada di lapangan terbang untuk berlepas pulang. Semalam (kelmarin) dia cuba untuk mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur tetapi tidak dibenarkan,” katanya.

Hun Sen jelas portal itu, turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana berjanji tidak akan membenarkan Rainsy datang ke Malaysia.

“Terima kasih Encik Anwar Ibrahim kerana empat kali berjanji untuk tidak membenarkan Rainsy datang ke Malaysia,” katanya.

Jelas Hun Sen, beliau telah memaklumkan kepada Anwar bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja akan terlerai jika Rainsy dibenarkan datang ke Malaysia.

“Anwar dengan jelas memberitahu saya, Rainsy tidak akan dibenarkan datang,” katanya.

Rainsy sebelum ini melalui platform social media memberitahu, beliau akan pulang semula ke Kemboja melalui Thailand, susulan perubahan landskap politik negara Gajah Putih itu selepas pilihan raya.

Membalas kenyataan Rainsy itu, Hun Sen berkata, kepulangan bekas pemimpin pembangkang tersebut akan disambut dengan pelancar roket BM-21 Grad.

Rainsy ialah bekas ketua pembangkang Kemboja yang membuang diri ke Perancis sejak 2015.

Dia pernah mengunjungi Malaysia pada 2019 atas jemputan Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat malam tadi mengesahkan, Rainsy sudah meninggalkan Malaysia.

Anwar juga jelas kenyataan itu, tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Rainsy.

“Tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan beliau di sini,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 59 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad