web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM, SPP Mula Usaha Proaktif Tangani Isu Lambakan Siswazah Perguruan - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 5:38PM

Fadhlina Sidek berkata perkara itu, yang turut mengambil pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), diharap akan dapat diselesaikan tahun ini secara berperingkat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memulakan usaha proaktif dalam menangani isu graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), yang belum mempunyai penempatan di sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu, yang turut mengambil pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), diharap akan dapat diselesaikan tahun ini secara berperingkat.

“Kita (KPM) sudah ada buat usaha dengan SPP untuk menangani isu itu. Gerakan dan tindakan proaktif kita adalah bersama SPP,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Sokongan Pendidikan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan NUTP baru-baru ini bahawa kecenderungan universiti awam dan swasta dalam melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan KPM, boleh menyumbang kepada isu pengangguran dalam kalangan graduan bidang tersebut.

Media sebelum ini melaporkan seramai 4,390 lepasan ISMP menamatkan pengajian masing-masing antara 2011 hingga 2020, namun sebahagiannya masih tidak mendapat panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah.

Pada Ahad lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan KPM, untuk mencari kaedah berhubung isu lambakan siswazah perguruan di negara ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran buku sokongan pendidikan DBP, Fadhlina berkata seramai 37 orang penulis terdiri daripada guru dan bekas guru, terlibat dalam penghasilan 31 judul buku sokongan pendidikan tersebut.

Beliau berkata kesemua buku yang diterbitkan DBP itu, merangkumi pelbagai mata pelajaran untuk kegunaan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, berdasarkan kurikulum serta sukatan pelajaran yang diguna pakai KPM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad