web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 2:49PM

Anwar Ibrahim berkata kelulusan itu akan memanfaatkan seramai 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun lepas (2022) - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTATAN - Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Program Mesra Bersama Warga ATM Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi, Sabah di sini, hari ini.

Anwar berkata kelulusan itu akan memanfaatkan seramai 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun lepas (2022).

Sebelum ini, katanya pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima BISS dan BISM, namun kedua-dua insentif diberikan itu adalah lebih rendah berbanding kadar BIW yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam lain.

"Sedangkan, asas pembayaran ketiga-tiga insentif adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan projek baharu melibatkan pembangunan semula 49 unit rumah terbiar untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan cawangan Sabah di Taman Lok Kawi bernilai RM25 juta.

Bagi projek sedia ada, Anwar berkata kerajaan memperuntukkan RM213 juta bagi membina Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas di Kem Lok Kawi.

Mengulas mengenai projek pembangunan di Putatan, Anwar berkata sebanyak RM67 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo Ke Sungai Kinarut, selain RM4.8 juta bagi membaik pulih serta menaik taraf aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Kerajaan juga komited membina sekolah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi dengan kos projek bernilai RM23 juta yang akan dibangunkan dalam kadar segera,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad