web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembantu Jho Low Meninggal Dunia Akibat Serangan Strok Mengejut - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 11:54AM

Kee Kok Thiam - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keluarga bekas pembantu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho menggesa agar spekulasi kematian mengejut Kee Kok Thiam dua hari lalu dihentikan.

Firma guaman Valen, Oh & Partners yang mewakili keluarga Kok Thiam menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan, mendiang meninggal dunia di hospital kelmarin akibat serangan strok besar secara tiba-tiba.

“Kami menggesa semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi mengenai insiden malang ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Malay Mail memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kematian Kok Thiam.

Kok Thiam dilaporkan dihantar pulang dari Macau kurang sebulan lalu kerana didakwa tinggal lebih masa dan dipercayai memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai keberadaan Jho Low.

Portal berita itu juga melaporkan Kok Thiam disoal siasat oleh SPRM pada 3 Mei lalu.

Lelaki tersebut memberitahu penyiasat bahawa dia bertemu dengan pelarian lain iaitu Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil yang dikehendaki dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kok Thiam pernah digambarkan sebagai rakan rapat kepada Jho Low dan kononnya menerima dana 1MDB yang diselewengkan melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia.

Sebelum ini, Al Jazeera melaporkan bahawa Kok Thiam berkata, dia dipenjarakan selama sebulan pada 2021 oleh pihak Imigresen di Macau. 

Terdahulu, Getaran melaporkan pengarang bersama ‘Billion Dollar Whale’, Bradley Hope menerusi Twitternya berkata, Jho Low dipercayai berada di bawah tahanan rumah di Shanghai.

Menurutnya, Jho Low banyak berada di Macau dari 2015 hingga 2018 selain Hong Kong, Shenzhen dan Thailand.

Bagaimanapun, katanya, selepas kekalahan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pergerakan Jho Low  lebih terhad di tanah besar.

“Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai.

“China menahan Jho Low dengan ketat kerana rundingan dengan Malaysia, tetapi juga disebabkan penaung (Sun Lijun) dalam industri perisikan ditahan dan rakan perniagaan di CCCC (China Communications Construction Company) digulingkan,” katanya.

Hope berkata, Jho Low berubah daripada menjadi aset risikan kepada liabiliti selepas Najib tidak lagi berkuasa selepas tewas pada PRU-14. 

Semalam, SPRM percaya, Jho Low yang juga individu paling dikehendaki dalam kes 1MDB sedang bersembunyi di Macau.

Dalam satu jawapan bertulis kepada Al Jazeera, SPRM menyatakan perkara itu disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Jho Low di Macau. - Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PDRM, SPRM Adakan Perbincangan Lanjut Mengenai Usaha Bawa Pulang Jho Low

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan