web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:16PM

Polis mengklasifikasikan kematian seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Isnin lalu, sebagai mati mengejut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan kematian seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Isnin lalu, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kematian  Kee Kok Thiam, 56, yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) itu, disebabkan faktor kesihatan.

“Kes ini polis siasat sebagai SDR (mati mengejut) dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu Firma Guaman Valen, Oh & Partners yang mewakili Kee dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital akibat angin ahmar.

Kee yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB serta SRC, telah menghilangkan diri sejak 2018, tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi 3 Mei lepas.

Beliau kemudian hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi hari yang sama, selepas diberikan Notis Perintah.

Semalam sebuah media antarabangsa melaporkan, Kee ada mendedahkan dia telah bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam