web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembinaan LRT Pulau Pinang Dijangka Bermula Lebih Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:19PM

Anthony Loke - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Rancangan pelaksanaan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka bermula lebih awal selepas pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri bersetuju untuk membina depoh LRT di tapak tanah sedia ada berbanding rancangan sebelum ini iaitu membinanya di atas pulau buatan dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI). 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kedua-dua pihak kini sedang meneliti beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan seperti lokasi depoh berkenaan, yang akan membabitkan sama ada tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ataupun tanah Kerajaan Persekutuan.

"Terdapat dua hingga tiga kawasan yang sedang dilihat dan apabila ia dimuktamadkan, pihak kami menjangkakan tender untuk pembinaan fasa pertama projek berkenaan boleh dipanggil menjelang akhir tahun," katanya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan kerja di negeri ini bagi meninjau tempat pembinaan stesen LRT berkenaan. 

Katanya pihak kerajaan berharap projek itu boleh dimulakan segera memandangkan tempoh pembinaan projek itu boleh memakan masa lima tahun.

"Mengikut perancangan sebelum ini juga, laluan LRT fasa pertama sepatutnya bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan berakhir di Komtar, tapi pihak MRT Corp merasakan ia lebih sesuai jika ia disambung ke Tanjung Bungah.

Fasa pertama akan melibatkan 27 stesen sepanjang 29 kilometer.  Semua stesen adalah stesen bertingkat," katanya, sambil menambah untuk fasa seterusnya, pihak kerajaan berharap untuk menyambung projek itu sehingga ke Butterworth dan Kepala Batas.

Dari segi pembiayaan, katanya projek itu akan dimasukkan ke dalam perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan ataupun MRT Corp akan mengeluarkan bon. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam