web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:13PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang jurugambar ditahan Jumaat (26 Mei) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki di sebuah sekolah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 12 Mei lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata lelaki warga tempatan berumur 39 tahun itu, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada kira-kira 1.30 tengah hari susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa pada 26 Mei, selepas mangsa yang berumur 9 tahun mengadu dicabul ketika pulang dari sekolah pada 15 Mei.

Beliau berkata kejadian itu, didakwa berlaku di sekolah berkenaan ketika program petting zoo yang diadakan sempena Bulan Panitia Sains pada 15 Mei, di mana lelaki berkenaan merupakan salah seorang daripada dua jurugambar luar, yang dipanggil pihak sekolah untuk merakam gambar sempena acara tersebut.

Ekoran kejadian itu, satu perjumpaan antara pihak sekolah, penjaga mangsa dan dua jurugambar yang bertugas, telah diadakan pada 23 Mei dan salah seorang jurugambar berkenaan dikatakan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Md Noor Aehwan berkata pihak sekolah telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan kedua-dua jurugambar itu memasuki kawasan sekolah untuk program lain selepas ini, namun bapa mangsa yang tidak berpuashati dengan tindakan sekolah, telah membuat laporan polis pada 26 Mei yang membawa kepada penahanan lelaki itu.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata lelaki berkenaan, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kini direman selama seminggu hingga 1 Jun ini.

Md Noor Aehwan juga berkata saksi pelajar lain juga dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad