web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOT Berhasrat Laksana Program MyLesen Babitkan Lesen PSV Kelas E Bagi Bas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 6:24PM

Anthony (tengah) dan Saifuddin Nasution pada pelancaran Program MyLesen B2 bagi motosikal peringkat kebangsaan di Sungai Petani, hari ini. - Gambar dari Facebook Anthony Loke Siew Fook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kementerian Pengangkutan (MOT) berhasrat memperluaskan lagi pelaksanaan Program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E bagi bas dalam usaha memastikan industri perkhidmatan bas lebih berdaya saing dan selamat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ini kerana terdapat kekurangan bilangan pemandu bas di negara ini berdasarkan maklumat daripada pengusaha industri perkhidmatan bas.

"Kita memang kekurangan pemandu bas, sama ada pemandu bas henti-henti atau bas ekspres...saya difahamkan oleh pengusaha industri bas memang sukar untuk mendapat pemandu bas, bukan sahaja sukar untuk rekrut tetapi juga untuk kekalkan.

"(Melalui Program MyLesen) kami mahu lahirkan pemandu yang baik, berhemah supaya memastikan industri perkhidmatan bas juga dapat berdaya saing dan selamat, itu yang penting...kami jangka program untuk bas ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program MyLesen B2 bagi motosikal peringkat kebangsaan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Program MyLesen B2 dilancarkan bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu Kelas B2 dan ia merupakan satu daripada inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2023 yang dilaksanakan MOT menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Anthony berkata calon yang layak untuk menjadi pemandu bas akan terpilih mengikuti kelas di institut memandu dan menduduki ujian menerusi program seumpama itu dengan semua kos akan ditanggung kerajaan sekali gus dapat melahirkan pemandu bas terlatih yang mencukupi.

Beliau juga tidak menafikan yang ramai pemandu bas negara ini berhijrah untuk bekerja sebagai pemandu bas di negara jiran seperti Singapura kerana pendapatan yang lebih tinggi di negara itu.

“Ini juga punca kita kekurangan pemandu bas...dan sebab itu kami berhasrat melaksanakan satu program untuk melatih dan melesenkan pemandu bas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan dalam Program MyLesen B2 dan seramai 9,000 calon terdiri daripada golongan B40 dijangka menerima manfaat menerusi program berkenaan.

"...ia merangkumi kos ujian dan latihan dengan kos RM300 bagi setiap calon...hari ini seramai 306 calon yang akan mengikuti program bagi kumpulan pertama ini dan ia akan diteruskan ke seluruh negara.

"Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi lain antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk memperluas lagi program ini tetapi peruntukan itu perlu datang daripada agensi masing-masing," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek