web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 11:29AM

V. Muraleedharan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Menteri Hal Ehwal Luar India V. Muraleedharan akan bertemu  dengan masyarakat dan diaspora India semasa lawatan dua hari beliau ke Malaysia minggu ini.

Menteri itu akan menyertai perasmian Persons of Indian Origin (PIO) Day dan melancarkan Festival Antarabangsa PIO yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar itu pada Isnin.

"Beliau akan berucap kepada masyarakat dan diaspora India di 'Pravasiya Bharatiya Utsav' (Festival India Luar Negara). Dengan 2.75 juta PIO, Malaysia adalah rumah kepada penduduk PIO kedua terbesar di dunia," menurut kementerian itu.

Kerajaan India mengeluarkan kad PIO kepada rakyat negara lain yang mempunyai keturunan India atau berkahwin dengan warga India.

Amerika Syarikat mempunyai 3.18 juta orang keturunan India, manakala Myanmar, Afrika Selatan dan Sri Lanka turut mempunyai komuniti PIO. 

Malaysia mempunyai lebih 225,000 orang India bukan pemastautin (NRI).

Muraleedharan akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan bertemu Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar semasa lawatan itu. 

Beliau akan menyampaikan ucaptama pada persidangan bertajuk "India-ASEAN Dynamics in the Emerging Indo-Pacific Order: Pathways to Cooperation beyond the Third Decade", anjuran Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dengan kerjasama Centre for ASEAN Regionalism University Malaya (CARUM) dan Asia Europe Institute (AEI).

Beliau akan tiba di Malaysia pada 1 Jun selepas melawat Brunei Darussalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad