web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cedera Ditolak Rakan Sekelas, Pelajar Tingkatan 2 Terpaksa Terima Jahitan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 5:45PM

Difahamkan mangsa ditolak dari tangga dalam satu kejadian pada jam 11 malam, 25 Mei lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah institusi pendidikan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Pulau Pinang cedera, selepas ditolak rakan sekelas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kecederaan itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian muka.

Menurut beliau, mangsa ditolak dari tangga dalam satu kejadian pada jam 11 malam, 25 Mei lalu.

“Susulan kecederaan, dia dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan.

“Dia mengalami kesan koyak di bawah mata kanan dan luka di bahagian hidung apabila terlanggar dinding, selepas ditolak," katanya dalam sidang media, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Kok Chin memberitahu, mangsa dirawat sebagai pesakit luar namun dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil manakala siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dia dan suspek,” katanya.

Difahamkan, suspek telah ditahan untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan hari.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Sebelum ini, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas mengenai satu kes buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pukul. 

“Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya.

Kejadian buli yang berlaku di MRSM Balik Pulau pada 19 Mei itu menyebabkan lima pelajar institusi terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Insiden pada jam 11 malam tersebut melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga sebagai mangsa, yang dipukul atas alasan lambat turun ke surau untuk menunaikan solat Subuh. - Getaran, 29 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad