web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Surat Khabar Masih Ada Peranan Tinggi, ‘Saya Sendiri Baca Setiap Pagi’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 10:14PM

Anwar (kiri) melawat pameran gambar pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dan Pelancaran Tabung Kasih@HAWANA di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun wujud pelbagai platform media sosial, beliau tetap berpandangan surat khabar fizikal masih memiliki peranan lebih tinggi dan wajar bagi menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, ia dapat ditafsirkan apabila beliau sendiri setiap hari mengamalkan membaca surat khabar fizikal pada waktu pagi, selain mengikuti perkembangan isu semasa di platform media sosial.

“Menyentuh soal cabaran media sosial, saya mungkin mewakili pemikiran lama, saya masih setiap hari selain melihat perkembangan di media sosial, saya akan membaca surat khabar setiap pagi, itu saya teruskan.

“Saya masih mewakili pandangan bahawa surat khabar ini tetap mempunyai peranan lebih tinggi dan wajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dan Pelancaran Tabung Kasih@HAWANA di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Selain itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau juga ada terbaca satu kupasan baru di Amerika Syarikat (AS) berhubung medium media utama.

Katanya, kupasan dibacanya pada tahun lalu itu menyatakan, beberapa medium media utama dijangka merosot.

“Nampaknya terbukti salah, ada beberapa medium kalau dipertahankan  integriti, kebebasan dan mutunya, nampaknya mampu bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, paling utama, perlu wujud satu kesedaran untuk memupuk budaya baharu dalam dunia kewartawanan bagi merasa bebas.

“Saya percaya pengamal media dan kumpulan utama menguasai media harus diberikan sedikit ruang untuk merasakan mereka itu di era baharu.

“Hanya apa kita gusarkan adalah kecenderungan untuk memporak-perandakan dari sudut keselamatan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, negara menghadapi satu suasana di mana ada usaha memekarkan budaya bagi memperluaskan sikap dan meninggalkan fahaman yang lantang dari segi kaum serta budaya.

“Dengan cubaan memerangkap anak muda dalam pemikiran yang terlalu jumud, buntu dengan permasalahan kaum cetek dan agama kolot, pengamal media perlu menggagas idea berdepan situasi itu.

“Usaha itu juga akan menentukan sama ada kita berjaya meruntuhkan tembok kejumudan dan kedangkalan berdasarkan fahaman lebih luas serta membekalkan ilmu dan memperkasakan budaya,” katanya. – Getaran, 28 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar