web statsweb stats

Berita Terkini

2 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


Tidak Luntur Rasa Kemelayuan, Cair Keimanan Kalau Santuni Bangsa, Agama Lain - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 7:12AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus mengutamakan dan menyokong soal berkaitan Islam serta Melayu, tanpa mengetepikan agama dan bangsa lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.

“Tidak akan pernah luntur rasa kemelayuan dan tidak cair keimanan kita kalau kita menyantuni bangsa serta agama lain,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis anugerah sempena Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Ke-42 dan Ke-43 di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid menegaskan, memandangkan Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk, nilai itu harus disantuni demi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat.

Katanya, sama juga situasinya dalam soal kestabilan politik yang bukan hanya semata-mata kerana agenda, tetapi untuk pembangunan negara bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Pada masa sama, beliau berkata, kepimpinan baharu belia, khususnya Gerakan Belia 4B Malaysia harus melihat tiga elemen yang turut ditawarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah pentadbirannya, dalam memastikan mereka bukan hanya berkhidmat untuk ahli semata-mata, malah kepada seluruh masyarakat.

Ujarnya, elemen itu adalah penglibatan ahli dan masyarakat, terutama belia dalam sektor ekonomi bagi menaik taraf kehidupan, keterlibatan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta skim rangsangan untuk menaikkan profesion pelajar tahfiz yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

“Organisasi kita ketuai perlu melihat kepada aspek keterlibatan ahli dalam sektor ekonomi, khususnya dan menaik taraf status sistem mesti dilakukan, menerusi program keusahawan.

“Kementerian juga tawarkan sebanyak 529 kursus menerusi pelbagai program TVET, agar dimanfaatkan bukan sahaja untuk ahli, malah pemimpin organisasi belia,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam