web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejarah Tercipta, Wartawan Baca Khutbah Jumaat Sempena HAWANA 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 5:00PM

Ketua Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad terharu kerana ia merupakan pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam kerjaya kewartawanan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di sini tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali pengamal media diberi peluang membaca khutbah Jumaat di tiga masjid di negeri Perak.

Ia susulan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada pengamal media di negeri ini untuk diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid bersempena sambutan HAWANA 2023.

Ketua Wartawan Sinar Harian Perak Saifullah Ahmad, 38, yang berasal dari Bagan Datuk berkata beliau terharu kerana ia merupakan pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam kerjaya kewartawanan, dan menganggap peluang itu sebagai satu pengiktirafan tertinggi buat pengamal media di negara ini.

Saifullah berkata penghargaan juga harus diberikan kepada seluruh petugas media yang menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan berita sahih kepada masyarakat kerana mereka telah berkorban tenaga, fikiran, masa dan harta benda demi menyajikan maklumat tepat kepada orang ramai.

“Tanggungjawab (umat Islam) sebagai penyampai berita kepada masyarakat ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak Muhamad Fahmi Mohd Nor, 30, yang berasal dari Bota berkata dia berulang kali menyemak teks khutbah yang disediakan, selain merujuk beberapa ustaz sebagai persediaan bagi memastikan penyampaian isi kandungan khutbah Jumaat berkenaan berjalan lancar.

“Ini pastinya pengalaman paling berharga dalam hidup kerana bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini. Apabila diberikan pentas seperti ini, saya ambilnya sebagai amanah mewakili jabatan dan pengamal media dari seluruh negara supaya masyarakat dapat memahami peranan dan cabaran yang dihadapi wartawan,” katanya.

Sementara itu Editor Rencana Agama dan Sastera Berita Harian Mohd Nazmi Yaakub yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata pengalaman hari ini adalah yang kali pertama bagi dirinya membacakan teks khutbah Jumaat di hadapan jemaah masjid.

“Sebenarnya apabila dah naik ke tangga mimbar, saya hanya berserah kepada Allah SWT sahaja. Kita laksanakan tugas (baca teks khutbah Jumaat) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi juga untuk sahabat pengamal media yang lain dan masyarakat,” katanya.

Saifullah membaca khutbah Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, manakala Muhamad Fahmi di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh, sementara Mohd Nazmi di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II).

Sementara itu, menurut teks khutbah bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam' itu, wartawan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan secara jujur, ikhlas, dan berpandukan adab berlandaskan nilai Islam, antaranya bersikap terbuka, adil, saksama, seimbang serta tidak memfitnah agar pekerjaan mereka diterima sebagai ibadah.

Wartawan juga perlu menyaring maklumat diterima dengan maksud menyemak dan mengesahkan kesahihan maklumat, seperti yang diamalkan oleh para sarjana hadis ketika meriwayatkan sesuatu hadis dengan memastikan sumber serta kesahihannya.

“(Wartawan) Mengambil tanggungjawab untuk sama-sama membantu membangunkan sebuah negara yang aman lagi makmur, merdeka dan berdaulat, rakyatnya teguh bersatu, kukuh berpadu, hidup secara rukun dan damai dalam semangat muhibah serta saling hormat-menghormati meskipun berlainan pegangan agama dan berlatar belakangkan pelbagai kaum,” menurut teks khutbah itu.

Sambutan HAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh dari 27 hingga 29 Mei ini dengan mengangkat tema “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek