Berita Terkini

1 jam yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 1 jam yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 1 jam yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 1 jam yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 1 jam yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Selepas Sumbang Gaji Wakil Rakyat, Dr Akmal Saleh Lelong Motor Kesayangan Bantu Athif

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:30PM

Setakat jam 8.20 pagi hari ini, jumlah terkumpul menerusi tabung berkenaan hanya RM4,745,493. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Melihat nilai kutipan terkini tabung Misi Rakyat yang dikumpul bagi membantu seorang bayi, Muhammad Athif Fahri Muhammad Farhan masih tidak mencukupi kira-kira RM5 juta, membuatkan hati Dr Mohamad Akmal Saleh sedih.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, setakat jam 8.20 pagi hari ini, jumlah terkumpul menerusi tabung berkenaan hanya RM4,745,493.

Justeru, demi bersama-sama masyarakat untuk mencapai sasaran dana RM9.27 juta bagi membiayai kos rawatan Muhammad Athif Fahri, beliau nekad melelong motosikal kesayangannya.

“Bagi membantu adik Athif ini, saya dengan suka hatinya ingin melelong motosikal paling saya sayang yang saya selalu guna untuk tengok aduan kampung.

“Motosikal paling saya sayang Honda CG125 yang saya beli dulu bernilai dalam RM5,700,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Facebook.

Dr Mohamad Akmal berkata, beliau ingin melelong kenderaan itu pada nilai bidaan setinggi yang boleh bagi ditambah ke tabung berkenaan.

“Bidaan paling tinggi itu kita akan bagi moto ini siap geran, siap apa semua dan saya akan serahkan setiap sen lelongan itu kepada adik Athif, iaitu melalui Misi Rakyat

“Jadi sama-samalah kita bantu ini mungkin (sekarang) masa adik Athif dan keluarganya, mana tahu esok lusa ia terjadi kepada kita ataupun dalam keluarga kita. Kita bantu semampu mungkin,” katanya.

Beliau berkata, tempoh bidaan itu bermula pagi tadi, hingga jam 12 tengah hari esok.

“Macam mana nak bida, boleh komen dekat tepi ini, kita akan tengok bidaan paling tinggi dan kita akan hubungi tuan-tuan ataupun puan-puan yang sudi membida motor CG125 kesayangan saya ini untuk dilelong,” katanya.

Muhammad Athif Fahri disahkan menghidap penyakit genetik, atrofi otot spina (SMA) jenis 1, sehingga menyebabkannya hanya terbaring dengan bantuan mesin pernafasan dan memerlukan bantuan kewangan RM9.27 juta, sekali gus terus mendapat perhatian serta sokongan masyarakat.

Sikap mulia itu dapat dilihat apabila kempen dana awam ditubuhkan hingga 31 Julai ini untuk membantu bayi terbabit, iaitu menerusi laman sesawang https://misirakyat.com/bantu/athif terus menerima bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, termasuk individu dan pihak swasta.

Terdahulu, ibu kepada bayi berusia kira-kira setahun dua bulan itu, Nur Azizah Zamri ketika dihubungi Getaran memaklumkan, anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan disahkan mengidap Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) terbabit selepas sehari dilahirkan pada 3 Mac tahun lalu.

Katanya, dia tidak tahu menahu mengenai penyakit itu walaupun sudah beberapa tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan sebagai jururawat, sehingga terpaksa melakukan carian di internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah berkenaan.

“Athif dilahirkan dalam keadaan sempurna, bahkan selama sembilan bulan dalam kandungan tiada apa-apa masalah atau gejala tidak normal dikesan.

“Bagaimanapun, sebaik saja dilahirkan, doktor mengesan ada sesuatu tidak kena pada Athif, sebelum dia disahkan menghidap SMA jenis 1,” katanya yang menetap di Kuantan, Pahang.

Lebih menyedihkan, ujarnya, berdasarkan maklumat diperolehnya, jangka hayat Muhammad Athif hanya mampu bertahan selama dua tahun jika tidak mendapatkan rawatan sepatutnya. – Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kejayaan Saya Berkat Dicubit, Terima Kasih Cikgu - Dr Akmal Saleh

2

Politik 2 bulan yang lalu

Tidak Rasmi: Dr Akmal Menang Jawatan Ketua Pemuda UMNO

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 minit yang lalu

Bill Cosby Sekali Lagi Disaman Atas Dakwaan Terbaharu Serangan Seksual

Semasa 20 jam yang lalu

Teliti Semula Syarat Tetapkan Pemaju Perumahan Sedia Rumah Mampu Milik

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Politik 7 jam yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

oleh Farhana Farush