web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Kali 'Gegar' Ruang Angkasa Langkawi Sewaktu LIMA, Penuhi Impian Sejak Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 6:57PM

Lt Kolonel Mohd Norazan Othman mula meminati kerjaya sebagai juruterbang seawal usia sembilan tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pertunjukan udara sewaktu edisi pertama Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991 menjadi titik tolak kepada seorang anak jati pulau peranginan ini untuk menjadi juruterbang.

Lt Kolonel Mohd Norazan Othman, 44, mula meminati kerjaya sebagai juruterbang seawal usia sembilan tahun dan apabila menginjak ke alam dewasa, beliau nekad untuk menggapai impian itu.

LIMA edisi ke-16 kali ini merupakan penyertaan kali keenam beliau. 

"(Pada 1991) Itu adalah kali pertama LIMA diadakan di Langkawi...saya jadi teruja apabila melihat pertunjukan udara dan nekad untuk menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia pada LIMA suatu hari nanti.

"Ini adalah penyertaan saya yang keenam dalam LIMA dan terbabit dengan pertunjukan udara iaitu menerbangkan pesawat jenis MiG-29 dan Sukhoi Su-30MKM," katanya kepada Bernama.

Beliau merupakan antara 23 juruterbang TUDM yang terlibat dalam pertunjukan udara pada LIMA '23 di sini bermula 23 hingga 27 Mei.

Anak kelima daripada enam beradik ini itu berkata persembahan yang diketengahkan pada edisi kali ini lebih kepada memastikan penonton dapat melihat dengan lebih dekat pesawat yang diterbangkan dan menyaksikan 'lenggokan' Sukhoi lebih ketara.

"Persembahan ini saya fikirkan bersama pasukan dan terbang pada ketinggian rendah dan kelajuan rendah supaya pengunjung dapat melihat   katanya.

Ketika menceritakan mengenai kerjayanya itu, Norazan berkata moto hidup ‘cinta penghapus cita-cita’ yang menjadi pegangan hidupnya sejak di bangku sekolah telah dibuktikan apabila beliau dilantik sebagai juruterbang TUDM. 

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Mat Sirat, Langkawi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Ipoh, Perak memberikan fokus sepenuhnya kepada pelajaran sebelum berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Tentera Udara.

"Saya menyertai TUDM pada 1997 dan meneruskan pelajaran di peringkat Diploma dalam Kejuruteraan Aeronautik sebelum melanjutkan pendidikan di Kolej Tentera Udara dan diberi peluang untuk menyertai kursus sebagai juruterbang pesawat penguji di Kanada," katanya.

Katanya sebagai juruterbang pesawat penguji, beliau bertanggungjawab menguji pesawat yang mengalami perubahan reka bentuk atau komponen utama.

Mohd Norazan yang sudah 25 tahun berkhidmat dalam TUDM telah menerbangkan 25 jenis pesawat dan kini beliau meneruskan perkhidmatan di Bahagian Perancangan dan Pembangunan TUDM, Kementerian Pertahanan.

"Bukan mudah untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penguji kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana melibatkan pesawat dan nyawa,“ katanya sambil memaklumkan hanya terdapat dua juruterbang pesawat penguji dalam TUDM setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam