web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejatuhan Ringgit: Jangan Membisu, Nilai Semula Situasi, Gerakkan Seluruh Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 2:01PM

Kerajaan digesa melaksanakan perancangan konkrit dengan kadar segera bagi memperkukuhkan ekonomi negara serta mengeluarkan rakyat daripada masalah dihadapi pelbagai pihak itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kabinet digesa untuk membuat penilaian semula terhadap situasi ekonomi semasa yang semakin merudum, susulan kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang lain, khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi MCA, Tan Tuan Peng berkata, kerajaan perlu melaksanakan perancangan konkrit dengan kadar segera bagi memperkukuhkan ekonomi negara serta mengeluarkan rakyat daripada masalah dihadapi pelbagai pihak itu. 

Menurutnya, seperti dapat dilihat, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak membantu meningkatkan nilai ringgit.

“Ini menunjukkan bahawa bagi memastikan ringgit benar-benar mengukuh berbanding mata wang lain, keseluruhan ekonomi Malaysia perlu digerakkan supaya ia mampu meningkatkan kekuatan ekonomi negara.

“Jika tidak, penyusutan nilai ringgit yang berterusan akan memberi kesan sangat menjejaskan negara dan rakyat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, nilai ringgit menyusut lagi kepada RM4.62 berbanding dolar AS dan RM3.42 dibandingkan dolar Singapura.

Paras itu mengatasi had terendahnya sebelum ini, iaitu RM3.4019 yang dicatat pada 10 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Tuan Peng berkata, dengan penyusutan nilai ringgit, harga barangan akan naik ekoran kesan terhadap rantaian bekalan.

“Sebagai contoh, sebuah keluarga kecil yang lazimnya membelanjakan RM2,000 sebulan untuk makanan, terpaksa menambah RM1,000 lagi untuk perbelanjaan sama dalam ekonomi lemah.

“Tambahan pula, harga barangan import akan naik dan secara tidak langsung, peningkatan kos ini akan dipindahkan kepada pengguna,” jelasnya.

Sehubungan itu, Tuan Peng meminta Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memikul tanggungjawab dalam memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, sekiranya nilai ringgit terus jatuh, pelabur asing akan hilang keyakinan, sehingga boleh menyebabkan mereka menarik diri dari Malaysia dan melabur di negara lebih stabil. 

“Ia sekali gus menyebabkan usaha pemulihan menjadi sukar serta kehidupan rakyat menjadi semakin susah.

“Dalam keadaan sedemikian, tidak mengejutkan apabila rakyat yang miskin dan menderita bersikap kritikal terhadap kerajaan,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan