web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Hakim, Anggota Polis Didakwa Minta Rasuah Lepaskan Kes Khalwat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 12:28PM

Seorang bekas hakim dan seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah RM4,000 untuk melepaskan seorang lelaki berkaitan kes khalwat pada 2019. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang bekas hakim dan seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah RM4,000 untuk melepaskan seorang lelaki berkaitan kes khalwat pada 2019.

Bekas hakim Mahkamah Syariah, Burhanuddin Ismi Adam, 43, dan Lans Koperal Muhamad Hamri Ayob, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Muhamad Hamri didakwa meminta bagi pihak Burhanuddin Ismi suapan iaitu wang sebanyak RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk Burhanuddin Ismi membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki itu di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Mutiara di sini pada kira-kira 5.30 petang 10 Sept 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Burhanuddin Ismi pula didakwa menerima suapan sebanyak RM4,000 daripada lelaki itu sebagai dorongan untuk membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki tersebut di bawah seksyen sama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Desa Chemor Saujana di sini pada kira-kira 11.30 malam hari sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Burhanuddin Ismi yang merupakan bapa kepada tiga anak dan Muhamad Hamri bapa kepada empat anak memohon jaminan minimum dikenakan ke atas mereka.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 19 Jun untuk sebutan semula kes. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad