web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Kerajaan Susulan Keputusan Sukan SEA 2023 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 9:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini, antara lain akan membincangkan langkah ke hadapan yang akan dilaksanakan kerajaan susulan keputusan yang diperoleh kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Turut tersenarai, soalan daripada Lo Su Fui (GRS-Tawau) kepada Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana yang dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Soalan itu turut meliputi pendekatan mengambil alih pengurusan air di Sabah seperti yang dilaporkan oleh media yang dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan komitmen berkenaan dilaksanakan.

Pada sesi soal jawab pula, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh termasuk dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah, pelantikan Hakim Syarie dan sebagainya.

Setelah selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan bacaan kedua Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad