web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Agro Madani Beri Penjimatan Kepada 1.8 Juta Isi Rumah B40, M40 - KPKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 9:20AM

KPKM menyasarkan pelaksanaan 900 program Jualan Agro MADANI di seluruh negara melibatkan seramai 13,000 orang usahawan, dengan sasaran nilai jualan berjumlah RM13.5 juta, pada tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Agro MADANI yang dilancarkan pada 16 April lepas memberi penjimatan kepada 1.8 juta isi rumah golongan B40 dan M40.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataannya memaklumkan sehingga 30 April lepas, sebanyak 424 program telah dianjurkan melibatkan 6,312 orang usahawan dengan nilai jualan RM9.35 juta.

“Bagi tahun 2023, KPKM menyasarkan pelaksanaan 900 program Jualan Agro MADANI di seluruh negara melibatkan seramai 13,000 orang usahawan, dengan sasaran nilai jualan berjumlah RM13.5 juta,” menurut kenyataan itu.

Program Jualan Agro MADANI yang diadakan di lokasi strategik dan terpilih merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang, yang telah dilaksanakan oleh KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Program itu bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bagi pengguna mendapatkan bekalan produk segar terpilih pada kadar harga yang berpatutan, dengan penjimatan di antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

Produk-produk yang ditawarkan ialah produk segar sayur, buah, ayam, telur, ikan, daging, minyak masak, tepung, beras dan keperluan produk makanan asas terpilih.

Program Jualan Agro MADANI membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan  Perdana Menteri dalam memastikan nasib golongan yang memerlukan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini