web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peningkatan Minat Dalam Hubungan 2 Hala, Pelaburan Dan Perdagangan Pada LIMA ‘23 - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:04AM

Anwar ketika melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) semalam. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Minat untuk penglibatan dalam hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan antara negara dan syarikat yang terlibat dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) meningkat.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan positif ini tidak hanya ditunjukkan pada sektor aeroangkasa tetapi juga sektor maritim. 

“Pada LIMA kali ini, kami melihat peningkatan minat dan penglibatan bukan hanya untuk mengukuhkan hubungan dua hala tetapi juga dari segi pelaburan dan perdagangan dalam kalangan rakan kongsi. 

Inilah yang kami capai dalam beberapa hari lepas dan insya-Allah dalam sehari atau dua hari lagi (LIMA ‘23) penglibatan ini akan menjadi lebih kuat, prestasi  bukan hanya daripada aeroangkasa tetapi juga dalam sektor maritim, kata beliau dalam ucapannya semasa Resepsi Persidangan Maritim Antarabangsa bersempena LIMA ‘23 di sini malam tadi.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Anwar berkata hubungan terjalin antara Malaysia dan negara-negara yang menyertai LIMA sebelum ini kekal utuh, terutamanya antara negara anggota ASEAN, Turkiye, Amerika Syarikat, Rusia dan Romania.

“Keseluruhan tujuan LIMA -- terutamanya untuk sektor maritim dan aeroangkasa - ialah memastikan kami meneruskan penglibatan dengan negara lain secara bermakna, bagi mengukuhkan keupayaan pertahanan kami,” katanya. 

LIMA ‘23 yang bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” yang bermula semalam sehingga 27 Mei ini dijangka menarik kehadiran lebih 45,000 pelawat perdagangan dan 250,000 pengunjung awam.

Acara dwitahunan itu  disertai lebih 525 pempamer termasuk 140 syarikat dalam industri pertahanan, 101 syarikat dalam sektor komersial dan 284 syarikat daripada kedua-dua sektor.

Acara itu turut menyaksikan 18 negara mewujudkan pavilion termasuk Australia, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Türkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar