web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LPF Lulus Filem Anwar: The Untold Story Ikut Garis Panduan Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:06AM

Salah satu babak dalam filem Anwar:The Untold Story yang memaparkan Anwar lakonan Farid Kamil lebam di mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua filem boleh diluluskan untuk tayangan kepada umum termasuk babak badan atau jabatan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam filem Anwar:The Untold Story selagi ia tidak bertentangan garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, filem yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik tanah air itu, diberi kelulusan oleh LPF setelah ditonton tapis berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan.

Menurutnya, dalam melaksanakan proses penapisan filem, LPF merujuk kepada Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN 2010).

“Terdapat empat (aspek utama dalam garis panduan tersebut yang diteliti dan diberi perhatian khusus oleh ahli-ahli Lembaga semasa menapis sesebuah filem.

“Antaranya, keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

 Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail
Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Saifuddin menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) yang meminta beliau menyatakan dasar LPF bagi kandungan filem atau drama televisyen yang melibatkan
PDRM, khususnya adegan dalam filem Anwar: The Untold Story.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN melalui LPF melaksanakan tugas dan tanggungjawab penapisan filem berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620].

“Merujuk kepada peruntukan tersebut, LPF bertanggungjawab ke atas filem (termasuk
drama televisyen) dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia (kecuali melalui internet),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, LPF juga akan merujuk kepada keputusan rasmi kerajaan berhubung kandungan sesebuah filem, seperti kertas Suruhanjaya Diraja atau Iain-Iain keputusan yang berkaitan.

Filem Anwar: The Untold Story digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam sebahagian hidup Anwar dengan penggambarannya dilakukan di Malaysia dan Indonesia.

Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 18 Mei lalu.

Filem itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak Anwar; Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Acha Septriasa (Dr Wan Azizah). – Getaran, 25 Mei 2023



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam