web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM1.48 Juta Diperuntuk Bantu Misi Cari, Menyelamat Hawari

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:00PM

Muhammad Hawari Hashim - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM1.48 juta bagi usaha mencari dan menyelamat pendaki Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang baru-baru ini ketika turun dari Gunung Everest.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), K. Nagulendran berkata, usaha mencari pendaki berusia 33 tahun dari Pulau Pinang itu giat dijalankan di semua tapak perkhemahan.

“Kerajaan Malaysia melalui KBS akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta hari ini kepada Kelab Eksplorasi Altitud untuk misi mencari Hawari.

“Pencarian melalui darat dan udara juga sedang dijalankan kerana kita sedang berhadapan tempoh genting.

“Kita perlu cepat kerana semua orang mesti turun dari Everest selewat-lewatnya pada 28 Mei kerana kawasan pergunungan akan ditutup pada 29 Mei.

“Kami tidak boleh melanjutkan tempoh mencari dan menyelamat kerana kami tidak boleh mempertaruhkan (nyawa) orang lain kerana cuaca ekstrem. Kita harap misi ini berjaya dan Hawari selamat dibawa pulang,” kata Nagulendran pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Difahamkan, enam sherpa di Nepal telah pun dilantik untuk membantu mencari dan menyelamat, manakala sherpa daripada operator lain juga akan mendapat bantuan tambahan.

Hawari yang mengalami masalah pendengaran, dilaporkan hilang pada 20 Mei lalu semasa misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) ketika turun dari Kem 4.

Dia sampai ke puncak pada jam 3.30 petang (waktu tempatan), 19 Mei lalu.

Sementara itu, Chef De Mission ME 2023, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, usaha menyelamat turut diperluaskan ke Tibet.

“Kedutaan Malaysia di Kathmandu memaklumkan kepada kami bahawa kawasan pencarian telah diperluaskan untuk meliputi kawasan pendakian.

“Jadi, operator yang berada di laluan pendakian di kawasan Tibet dimaklumkan untuk membantu mengesan Hawari,” katanya.

Sehari sebelum Hawari hilang, seorang lagi peserta, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dilaporkan meninggal dunia.

ME 2023 yang dianjurkan Altitud.MY memulakan misi dua bulannya untuk menakluk Gunung Everest pada 2 April dengan sokongan kerajaan dan KBS. - The Vibes, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan