web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wang Tidak Dituntut Cecah RM11.2 Bilion, RM3.3 Bilion Sudah Dikembalikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 11:52AM

Sebahagian besar wang tidak dituntut iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut adalah wang dalam akaun bank tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang tidak dituntut dan diuruskan Jabatan Akauntan Negara mencecah RM11.2 bilion sehingga 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebahagian besar wang tidak dituntut iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut adalah wang dalam akaun bank tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

“Dua lagi kategori wang yang tidak dituntut adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Katakan tuan Speaker buka tiga, empat akaun. (Akaun) bank pertama dibuka itu dah terlupa… di situ ada RM1,000, lepas tujuh tahun wang itu akan dihantar oleh bank kepada Jabatan Akautan Negara, jadi RM1,000 itu wang tidak dituntut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, setakat semalam, sebanyak RM3.3 bilion sudah dikembalikan kepada rakyat yang membuat tuntutan.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023.

Dalam pada itu, beliau berkata, wang yang tidak dituntut itu dimanfaatkan kerajaan untuk tujuan pembangunan dan bantuan kepada rakyat.

“RM10 bilion kita masuk dalam simpanan tetap dan daripada simpanan tetap itu dapat RM250 juta setahun.

“Kira-kira setiap tahun selama 10 tahun kita dah dapat RM250 juta dan wang itu kita kembalikan semula dalam wang yang disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan juga bantuan rakyat,” katanya. – Getaran, 24 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar