web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Khas Ditubuh Kendali LGBT Islam Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 8:04PM

Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengendalikan isu berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) membabitkan individu beragama Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa khas itu ditubuhkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bersidang sekali setahun atau mengikut keperluan.

Menurutnya, jawatankuasa itu dianggotai pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang akan menyelaraskan isu LGBT yang berbangkit dalam kalangan umat Islam dari segi aspek pendidikan dan advokasi, dakwah dan bimbingan serta penguatkuasaan.

“Komuniti LGBT ada hak untuk mengamalkan gaya hidup mereka tetapi masih tertakluk kepada undang-undang yang tidak membenarkan perlakuan tersebut di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan tetap tidak mendiskriminasi mana-mana kumpulan, termasuklah LGBT, untuk menikmati hak asasi mereka seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia termasuk hak untuk pendidikan, mengamalkan agama dan hak untuk bekerja selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Mohd Na’im berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad @ Yahaya yang meminta kerajaan menyatakan langkah strategik bagi membendung sebarang usaha menormalisasi budaya songsang LGBT di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jawatankuasa tersebut bersidang pada 11 April lalu dan berdasarkan laporan dan pemerhatian, sepanjang Januari 2021 sehingga April 2023, terdapat beberapa program dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan pelbagai agensi berkenaan isu LGBT.

Katanya, ia termasuk webinar isu sosial, kajian fatwa dan disertasi, dakwah dan bimbingan agama serta tindakan penguatkuasaan seperti pembatalan filem animasi Walt Disney, Lightyear dan siasatan terhadap peserta perhimpunan Hari Wanita baru-baru ini yang mempromosikan LGBT. – Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad