web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Bayi 3 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 6:25PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA  – Seorang wanita ditahan berhubung kes kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang diasuh di rumahnya di Sungai Way di sini pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 5.30 petang, 13 Mei lalu.

“Kami menerima laporan polis mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 3.56 petang, hari kejadian.

“Bertindak atas maklumat pada 13 Mei, polis membuat tangkapan ke atas wanita tersebut di kediamannya di Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap bayi berusia tiga bulan sehingga menyebabkan kematian.

Fakhrudin berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222,” katanya.

Semalam, media melaporkan bapa pasangan kembar, Abdur Rahman Abdullah reda kehilangan anak berusia hampir empat bulan yang meninggal dunia di rumah pengasuh pada 9 Mei lalu.

Lebih memilukan apabila adik kepada bayi itu terlebih dahulu meninggal dunia di hospital ketika berusia sembilan hari akibat pendarahan dalam otak. – Getaran, 22 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar