web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5,000 Bayi Dilahirkan Setiap Tahun Di Negara Ini Hidap Masalah Jantung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 5:43PM

Dr Wan Azizah (tengah) pada majlis pelancaran Program Myheart Siri Ke-5 dan Kempen Kesihatan Prihatin di IJN. - Gambar ihsan Facebook Azman Abidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebanyakan pesakit juga memerlukan rawatan pembedahan jantung dengan kepakaran yang kompleks dan melibatkan kos rawatan yang mahal.

Beliau berkata berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia, dianggarkan RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.

“Oleh itu, bagi mengelakkan penyakit ini orang ramai dinasihatkan berusaha mencegahnya terlebih dahulu dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana perbelanjaan bagi merawat penyakit ini tidaklah murah. Di IJN (Institut Jantung Negara) sendiri saya melihat telah memberi satu sumbangan yang besar dalam menangani penyakit jantung ini.

“Selain itu diharapkan lebih banyak yayasan yang terus memberi sokongan serta mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat menyumbang bagi membantu pesakit-pesakit ini,” katanya ketika berucap melancarkan Program Myheart Siri Ke-5 dan Kempen Kesihatan Prihatin di IJN di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Institut Jantung Negara Foundation (IJNF) Toh Puan Dr Aishah Ong dan Pengerusi Yayasan MYPRIHATIN Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan.

Pada majlis itu turut diadakan acara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Yayasan MYPRIHATIN dan IJNF bagi menjalinkan kerjasama mengendali serta menampung kos logistik pesakit jantung kanak-kanak yang menghadapi masalah kewangan.

Yayasan MYPRIHATIN turut memberi sumbangan dana berjumlah RM100,000 kepada IJNF dan menyerahkan 50 hamper kepada pesakit jantung kanak-kanak di Wad Pediatrik IJN. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar