web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muat Naik Hantaran Hasutan, Pemilik Akaun TikTok @Cheartstudi Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 4:05PM

Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di Kuala Muda, Kedah pada Sabtu lalu selepas memuat naik hantaran yang memiliki kecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik akaun TikTok atas nama @Cheartstudi ditahan polis kerana dipercayai memuat naik hantaran berunsur hinaan dan hasutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan institusi kehakiman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di Kuala Muda, Kedah pada Sabtu lalu selepas memuat naik hantaran yang memiliki kecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan.

Menurutnya, tindakan suspek juga membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di negara ini.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping sim kad dipercayai milik pengendali akaun TikTok @Cheartstudi.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula semalam sehingga esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar menghormati institusi kehakiman negara yang dirangka kewujudannya berpandukan Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan keadilan berlandaskan undang-undang.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan bagi maksud menghina atau memperlekehkan sistem perundangan Malaysia akan diambil tindakan tegas,” katanya. – Getaran, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran