web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LIMA ‘23 Jangka Capai Janji Niaga RM18 Bilion - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 3:12PM

Mohamad Hasan (tengah) diberi taklimat oleh Pengarah Meteksan Savunma Sanayii A.A, Turkiye, Burak Akbas (tiga, kiri) mengenai model 'Kapal Peninjau ULAQ' ketika meninjau LIMA'23 di MIEC hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata daripada jumlah itu RM10 bilion adalah melibatkan Surat Setuju Terima (LoA) antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan pertahanan. 

“Kebanyakan yang akan kita tandatangani adalah LoA dan sekiranya dah capai kata sepakat dan beberapa lagi perolehan yang dipersetujui, kita akan tandatangani untuk memuktamadkan.

“Jadi hasil penganjuran LIMA '23 kali ini dari segi nilai komersial, Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pengangkutan adalah hasil yang baik dan akan beri pulangan yang baik kepada negara dan industri tempatan kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau tapak pameran segmen maritim LIMA ’23 di Resort World Langkawi, di sini hari ini.

Menurut Mohamad, penyertaan LIMA ‘23 amat menggalakkan dan memberi peluang syarikat tempatan dan luar negara dari pelbagai negara mempamerkan teknologi dan senjata serta aset.

Ia termasuk penyertaan daripada lima negara yang terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ada 119 kapal terbang termasuk statik dan aerobatik dan 40 kapal laut termasuk kapal Malaysia akan dipamerkan untuk tontonan umum termasuk dari negara-negara lain.

“Jadi sambutan amat baik dan ada negara yang nak hantar penyertaan di saat akhir terpaksa kita tidak menerima penyertaan mereka kerana mengambil kira beberapa perkara termasuk tempat,” katanya. 

Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, LIMA ‘23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad